Majlis Amal Islami Malaysia ( MAIM )

SAMAN KE ATAS SIS FORUM MALAYSIA
Laman Web Dewan Pemuda Masjid Malaysia

KENYATAAN AKHBAR:SAMAN KE ATAS SIS FORUM MALAYSIA

Jangan Hilang Pertimbangan
KUALA LUMPUR (2007) – Masyarakat negara ini khususnya umat Islam, digesa supaya tidak cepat melatah dan hilang pertimbangan, akibat desakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab ketika ini.

Penasihat Agama Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman berkata, golongan tidak bertanggungjawab kini hanya menunggu masa untuk mengambil kesempatan sekiranya umat Islam negara ini melakukan kesilapan dan melatah akibat provokasi mereka ketika ini

“Jangan mudah hilang pertimbangan dan ambil tindakan sendiri.”

“Negara ini ada undang-undang yang memastikan peraturan dipatuhi,” kata beliau kepada pemberita pada majlis perasmian Muktamar Amal Majlis Islami 2007, anjuran Majlis Amal Islami Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), di sini pada 12 Disember 2007.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Dipertua YADIM, Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad dan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.

Muktamar berkenaan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan apabila lebih 500 tetamu dan wakil menyertainya, melebihi sasaran awal seramai 300 orang.

Dalam pada masa yang sama, Dr Abdul Hamid menasihatkan umat Islam supaya menggunakan cara yang lebih berhemah dan bijak untuk menangani provokasi golongan berkenaan, serta tidak memilih untuk menjadi pelampau seperti mereka.

Jelas beliau, sikap golongan pelampau yang mengambil tindakan sendiri juga bertentangan dengan ajaran Islam yang menggalakkan penganutnya supaya mengamalkan Musyawarah.

Beliau menambah, selain memudaratkan keadaan sosial, ekonomi negara juga akan terjejas akibat tindakan sesetengah golongan pelampau ini.

“Pelancong akan mula menjauhi negara ini, pelabur juga akan khuatir untuk melabur dan mengembangkan perniagaan di sini.

“Jadi akhirnya, pendapatan rakyat juga yang akan terjejas,” jelas beliau.

MAIM Terengganu dilancarkan
KUALA TERENGGANU (2009) Majlis pelancaran dan Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Bin Hamidi, pada 5 Januari 2009 bertempat di Dewan Utama, Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( Zon Timur ) dan dihadiri oleh kira-kira 500 wakil NGO Islam di sekitar Terengganu.

Turut hadir dalam majlis itu termasuk Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu( Pihak Kerajaan Terengganu), Ustaz Muhammad Ramli bin Nuh, Yang Dipertua YADIM,  Datuk Hj. Nakhaei bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua YADIM, Shahabudin bin Yahaya dan Pengerusi MAIM Terengganu, Haji Yusof bin Jusoh @ Musa.

Dalam majlis itu, dua kertas kerja telah dibentangkan oleh Datuk Haji Mohd. Nakhaie dan Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin.

Kertas kerja Datuk Haji Mohd Nakhaie bertajuk `Misi dan Visi Penubuhan MAIM Serta                     Peranannya Dalam Masyarakat’ manakala kertas kerja Zaid bertajuk `Peranan NGO Islam Dalam Membangunkan Masyarakat  dan Kemajuan Negara: Satu Perkongsian Pengalaman.

Senarai Anggota Gabungan MAIM Terengganu adalah Persatuan kebajikan Islam Terengganu (PERKASA), Persatuan Bekas Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu( PERKAYA), Lembaga kebajikan perempuan Islam Malaysia Negeri Terengganu, Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Terengganu, Persatuan Bekas Tentera Malaysia Negeri Terengganu, Persatuan Imam dan Bilal Negeri Terengganu, Persatuan Ibu Tunggal Daerah Kuala Terengganu, Persatuan Ibu Tunggal Daerah Dungun, Terengganu, Persatuan Guru Lepasan MPPM Melaka Cawangan Terengganu, Persatuan Persaudaraan Islam Negeri Terengganu, Persatuan India Muslim Negeri Terengganu, Kelab Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Kolam, K.Terengganu, Kelab Kebajikan dan Sukan Politeknik Kota, K.Terengganu, Kelab Kebajikan Keluarga Ketengah, PERKEP Daerah Kuala Terengganu, Kelab Sukan & Kebajikan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Negeri Terengganu, PERKEP Daerah Besut, Gabungan JKKR Felda Wilayah Terengganu dan Kongres India Muslim (KIMMA).

Agenda Melayu Islam semakin dilupakan
KUALA LUMPUR (2007) – Ibu bapa Muslim di Malaysia sekarang semakin hilang punca dan tidak dapat mengenal pasti apakah agenda Melayu dan Islam yang telah ditanam oleh generasi terdahulu sehinggakan banyak masalah sosial timbul di kalangan mereka.

“Ibu bapa sekarang tidak sedar diri. Mereka hilang punca, segala petua yang dipupuk oleh datuk nenek sudah hilang, sedangkan itulah agenda Melayu dan Islam.”

“Puncanya sebab kita tidak ada agenda diri, apa lagi agenda-agenda hidup yang lain,” kata Pengarah sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Izham Nayan.

Menurutnya, kalau agenda dalam diri dan keluarga sendiri tidak ada dan belum selesai bagaimana mungkin umat Islam dapat membentuk dan melaksanakan agenda ummah.

Sebab itu tegas Dr. Izham, agenda perlu bermula dari dalam diri sendiri. Perbetulkan agenda keluarga dengan kembali bergerak ke arah perintah suruhan dan larangan oleh Yang Maha Berkuasa.

Beliau berkata demikian ketika membicarakan mengenai Agenda Ummah dan Pembangunan Ekonomi Komprehensif pada Muktamar Kebangsaan Amal Islami 2007, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Muktamar sehari bertema Sukarelawan Pembangun Ummah anjuran Majlis Amal Islami Malaysia Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu menghimpunkan semua badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia. Ia dihadiri oleh lebih 500 perwakilan dari seluruh negara.

Pada majlis yang sama, YADIM turut memperkenalkan akhbar berbahasa Inggeris, The Criteria untuk menyalurkan maklumat tentang Islam. Sebagai permulaan, akhbar berharga RM1.50 di Semenanjung dan RM1.80 (Sabah dan Sarawak) itu dicetak dua minggu sekali untuk edaran kepada NGO Majlis Amal Islami seluruh negara.

Dr. Izham berkata, Muslim tidak boleh lagi membiarkan agenda diri dan ummah diagendakan oleh orang lain.

“Kita terlalu memberi muka kepada yang memusuhi Islam sehingga kita sendiri sudah tidak ada muka lagi untuk melihat bila al-Quran dipijak-pijak dan dikencing, kerana kita hanya tahu cakap tetapi ‘buta dan pekak’ sebab tidak pernah sensitif terhadap Islam,” tegasnya.

Musuh Muslim jelas beliau, adalah diri mereka sendiri. Puncanya kerana gagal mengawal pemakanan dan sosial kehidupan yang diagendakan golongan yang memusuhi Islam (kufur).

Kata Dr. Izham, jika pemakanan yang menjadi darah daging ditelan tanpa usul periksa halalnya, bagaimana iman dan tanggungjawab terhadap agama dapat meresap ke sanubari.

Menurutnya, sumber produk pemakanan bukan sahaja menjadi tunggak ekonomi manusia, masyarakat dan negara, tetapi mencorak iman dan amalan kehidupan harian.

“Jika apa yang dimakan sudah tidak tentu halal haramnya, maka mudahlah budaya hidup sosial songsang dan menyongsang jadi amalan,” ujarnya.

Sebab itu tambah beliau, budaya hidup dan akidah ummah mutakhir semakin tidak terarah dan umat Muslim hidup tertindas walaupun bilangan orang Islam lebih 1 bilion, iaitu kedua terbesar selepas penganut Kristian di dunia.

Lakukan sendiri perubahan
KUALA LUMPUR (2008)– Masyarakat digesa melaksanakan sendiri perubahan yang ingin dicapai berdasarkan keupayaan diri sendiri kerana ia lebih baik berbanding dilaksanakan oleh orang lain.

“Perubahan yang berlaku terhadap masyarakat adalah apa yang diingini secara kolektif. Tiada orang yang lebih fahami apa yang kita ingini melainkan diri kita sendiri,” tegas Pengerusi MAIM Datuk Haji Mohd Nakhaie Ahmad.

Menurut beliau, lahirnya institusi-institusi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah hasil daripada seminar-seminar rakyat yang diadakan sama ada yang dianjurkan oleh mahasiswa-mahasiswa dan persatuan-persatuan.

“Seminar-seminar ini memberi makna kepada masyarakat kerana menerusinya timbul idea-idea yang mana kemudiannya diangkat menjadi dasar negara,” kata beliau dalam ucapan penutupan majlis Muktamar Kebangsaan Amal Islami di sini, 12 Disember 2007 lalu.

“Seminar sebegini masih lagi releven bagi rakyat menyatakan hasrat dan keinginan terhadap sesuatu perkara dan dilihat sebagai wadah kepada masyarakat menyampaikan isu dan permasalahan mereka,” kata beliau.

Tambah beliau, suara rakyat perlu dijadikan pertimbangan kerana suatu perkara yang dilaksanakan yang tidak difahami oleh rakyat mampu mewujudkan krisis hubungan antara pemerintah dengan rakyat.

Justeru, kata beliau, YADIM akan meneruskan usaha mengadakan seminar-seminar seumpama ini agar dapat menyampaikan pandangan yang akhirnya akan mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat.

Muktamar Kebangsaan Amal Islami adalah anjuran Majlis Amal Islami (MAIM), YADIM. Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ir. Dr. Muhammad Fuad Yeoh ketika membicarakan mengenai Peranan Badan Aamal Islam dalam mendepani Cabaran Globalisasi berkata, uslub dakwah Muslim kena berubah mengikut keadaan dan situasi semasa.

Menurutnya, dalam dakwah sesetengah dari kaedah dan prinsip tidak berubah tetapi suasana dan keadaan sasaran yang sentiasa berubah perlu diberi perhatian.

Oleh itu tambah beliau, ahli daie dan golongan pendakwah iaitu setiap Muslim bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing terutama melalui badan-badan NGO Islam yang ada.

“Kita mesti bersatu, sepakat dan seiring sebagai satu saf (barisan) dalam melaksanakan tindakan, baru ummah kuat dan syair Islam dihormati serta kembali digeruni bukan diperalat dan diperlekehkan musuh,” ujarnya.