KUALA LUMPUR (2007) – Ibu bapa Muslim di Malaysia sekarang semakin hilang punca dan tidak dapat mengenal pasti apakah agenda Melayu dan Islam yang telah ditanam oleh generasi terdahulu sehinggakan banyak masalah sosial timbul di kalangan mereka.
“Ibu bapa sekarang tidak sedar diri. Mereka hilang punca, segala petua yang dipupuk oleh datuk nenek sudah hilang, sedangkan itulah agenda Melayu dan Islam.”
“Puncanya sebab kita tidak ada agenda diri, apa lagi agenda-agenda hidup yang lain,” kata Pengarah sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Izham Nayan.
Menurutnya, kalau agenda dalam diri dan keluarga sendiri tidak ada dan belum selesai bagaimana mungkin umat Islam dapat membentuk dan melaksanakan agenda ummah.
Sebab itu tegas Dr. Izham, agenda perlu bermula dari dalam diri sendiri. Perbetulkan agenda keluarga dengan kembali bergerak ke arah perintah suruhan dan larangan oleh Yang Maha Berkuasa.
Beliau berkata demikian ketika membicarakan mengenai Agenda Ummah dan Pembangunan Ekonomi Komprehensif pada Muktamar Kebangsaan Amal Islami 2007, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Muktamar sehari bertema Sukarelawan Pembangun Ummah anjuran Majlis Amal Islami Malaysia Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu menghimpunkan semua badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia. Ia dihadiri oleh lebih 500 perwakilan dari seluruh negara.
Pada majlis yang sama, YADIM turut memperkenalkan akhbar berbahasa Inggeris, The Criteria untuk menyalurkan maklumat tentang Islam. Sebagai permulaan, akhbar berharga RM1.50 di Semenanjung dan RM1.80 (Sabah dan Sarawak) itu dicetak dua minggu sekali untuk edaran kepada NGO Majlis Amal Islami seluruh negara.
Dr. Izham berkata, Muslim tidak boleh lagi membiarkan agenda diri dan ummah diagendakan oleh orang lain.
“Kita terlalu memberi muka kepada yang memusuhi Islam sehingga kita sendiri sudah tidak ada muka lagi untuk melihat bila al-Quran dipijak-pijak dan dikencing, kerana kita hanya tahu cakap tetapi ‘buta dan pekak’ sebab tidak pernah sensitif terhadap Islam,” tegasnya.
Musuh Muslim jelas beliau, adalah diri mereka sendiri. Puncanya kerana gagal mengawal pemakanan dan sosial kehidupan yang diagendakan golongan yang memusuhi Islam (kufur).
Kata Dr. Izham, jika pemakanan yang menjadi darah daging ditelan tanpa usul periksa halalnya, bagaimana iman dan tanggungjawab terhadap agama dapat meresap ke sanubari.
Menurutnya, sumber produk pemakanan bukan sahaja menjadi tunggak ekonomi manusia, masyarakat dan negara, tetapi mencorak iman dan amalan kehidupan harian.
“Jika apa yang dimakan sudah tidak tentu halal haramnya, maka mudahlah budaya hidup sosial songsang dan menyongsang jadi amalan,” ujarnya.
Sebab itu tambah beliau, budaya hidup dan akidah ummah mutakhir semakin tidak terarah dan umat Muslim hidup tertindas walaupun bilangan orang Islam lebih 1 bilion, iaitu kedua terbesar selepas penganut Kristian di dunia.
3 Comments at "Agenda Melayu Islam semakin dilupakan"
Buy:Buspar.Lipothin.Female Pink Viagra.Female Cialis.Zetia.Benicar.SleepWell.Amoxicillin.Acomplia.Lasix.Wellbutrin SR.Prozac.Ventolin.Seroquel.Aricept.Lipitor.Nymphomax.Cozaar.Zocor.Advair….
Buy:Cozaar.Ventolin.Buspar.Acomplia.Wellbutrin SR.Female Pink Viagra.Zetia.Amoxicillin.Nymphomax.Benicar.Advair.Lipothin.Aricept.Zocor.Seroquel.Female Cialis.Lipitor.Lasix.Prozac.SleepWell….
Bed http://treviewzzuhy.ANTIQUEFURNINISHING.INFO/tag/history+nails+Bed/ : history…
nails…
Comment Now!