KUALA TERENGGANU (2009) Majlis pelancaran dan Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Bin Hamidi, pada 5 Januari 2009 bertempat di Dewan Utama, Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( Zon Timur ) dan dihadiri oleh kira-kira 500 wakil NGO Islam di sekitar Terengganu.

Turut hadir dalam majlis itu termasuk Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu( Pihak Kerajaan Terengganu), Ustaz Muhammad Ramli bin Nuh, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hj. Nakhaei bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua YADIM, Shahabudin bin Yahaya dan Pengerusi MAIM Terengganu, Haji Yusof bin Jusoh @ Musa.

Dalam majlis itu, dua kertas kerja telah dibentangkan oleh Datuk Haji Mohd. Nakhaie dan Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin.

Kertas kerja Datuk Haji Mohd Nakhaie bertajuk `Misi dan Visi Penubuhan MAIM Serta Peranannya Dalam Masyarakat’ manakala kertas kerja Zaid bertajuk `Peranan NGO Islam Dalam Membangunkan Masyarakat dan Kemajuan Negara: Satu Perkongsian Pengalaman.

Senarai Anggota Gabungan MAIM Terengganu adalah Persatuan kebajikan Islam Terengganu (PERKASA), Persatuan Bekas Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu( PERKAYA), Lembaga kebajikan perempuan Islam Malaysia Negeri Terengganu, Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Terengganu, Persatuan Bekas Tentera Malaysia Negeri Terengganu, Persatuan Imam dan Bilal Negeri Terengganu, Persatuan Ibu Tunggal Daerah Kuala Terengganu, Persatuan Ibu Tunggal Daerah Dungun, Terengganu, Persatuan Guru Lepasan MPPM Melaka Cawangan Terengganu, Persatuan Persaudaraan Islam Negeri Terengganu, Persatuan India Muslim Negeri Terengganu, Kelab Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Kolam, K.Terengganu, Kelab Kebajikan dan Sukan Politeknik Kota, K.Terengganu, Kelab Kebajikan Keluarga Ketengah, PERKEP Daerah Kuala Terengganu, Kelab Sukan & Kebajikan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Negeri Terengganu, PERKEP Daerah Besut, Gabungan JKKR Felda Wilayah Terengganu dan Kongres India Muslim (KIMMA).