Cadangan Penubuhan Gabungan NGO-NGO Islam
1.0 Latarbelakang Usaha Penggabungan NGO-NGO Islam
Kebelakangan ini banyak perkara yang menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam tentang kedudukan Islam dan orang Islam di Malaysia. Di antaranya isu-isu kontrak sosial, murtad, negara sekular, IFC, kebebasan beragama, Article 11, kuasa mahkamah syariah, penentuan agama seseorang, beberapa kes di mahkamah sivil dan perbincangan terbuka Bar Council tentang memeluk Islam. Walaupun isu-isu itu dari satu sudut boleh dianggap sebagai usaha untuk menjelaskan kedudukan sebenar, namun cara, pendekatan dan suasana yang tercipta lebih ditanggapi mempersoalkan dan akan menjejaskan kedudukan Islam. Persoalan timbul sama ada kedudukan istimewa Islam terjamin di dalam Perlembagaan dan Undang-undang Negara. Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 baru-baru ini menambahkan lagi kegelisahan umat. Reaksi spontan mencari kekuatan dalam berbagai-bagai gabungan yang menuntut umat bersatu adalah penjelmaan kekhuatiran bahawa tempat bergantung yang diharapkan selama ini, parti-parti orang Islam dan kerajaan semakin rapuh.
Walaupun keresahan, kegelisahan dan kekhuatiran kerap menjadi dorongan untuk bertindak, namun bagi kita dorongan yang lebih kuat adalah untuk memenuhi tuntutan berjemaah dalam melaksanakan misi Islam itu sendiri.
NGO-NGO Islam telah membincangkan isu ini di dalam banyak kesempatan. Kesemuanya menunjuk kepada satu arah; umat Islam perlu bersatu di dalam satu wadah yang kuat! YADIM yang sememangnya ditubuhkan untuk bergerak dalam dunia masyarakat madani merupakan tempat yang tepat memulakan usaha ini
1. Mesyuarat Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) pada 1 Ogos 2008 telah bersetuju untuk berusaha menubuhkan satu gabungan NGO-NGO Islam. Mesyuarat telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mencadangkan penubuhan gabungan. Jawatankuasa ditugaskan untuk mengemukakan cadangan di mesyuarat MAIM pada 20 Ogos 2008.
Jawatankuasa dianggotai oleh:
1.Yusri Mohammad (Presiden ABIM)
2.Sabariah Abdullah (Pengerusi ACCIN)
3.Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)
4.Zainul Rijal (Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, PGSM)
5.Syed Ibrahim Kader (PEKEDIM)
6.Zainur Zakaria (Peguam Pembela Islam Malaysia, PPI-belum berdaftar)
7.Dato’ Mustafa Ma (Presiden MACMA)
Serektariat JK: YADIM
Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak tiga kali; pada 5, 11 dan 18 Ogos dan bersetuju untuk mencadangkan, di antara lain:
1. Gabungan NGO-NGO Islam yang akan ditubuhkan ini didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.
2. Sebelum keputusan muktamad dibuat oleh ahli dan sebelum pendaftarannya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan, dicadangkan MAIM disusun semula untuk memainkan peranan Gabungan.
3. Gabungan diwujudkan di peringkat pusat (nasional) dan mempunyai cawangan di peringkat negeri
2.Penubuhan Jawatankuasa Pepandu Penubuhan Gabungan (Steering Committee)
Mesyuarat Majlis Amal Islami Malaysia pada 20 Ogos 2008 di Hotel Singgahsana telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa.Ini bermakna usaha menggabungkan NGO-NGO Islam ini bermula dengan menyusun semula MAIM sebagai satu organisasi berbentuk gabungan yang mempunyai cawangan negeri . Bagi meneruskan usaha, mesyuarat telah menubuhkan satu jawatankuasa dipanggil Jawatankuasa Pepandu Penubuhan Gabungan (Steering Committee).
Jawatankuasa Pepandu Gabungan dianggotai oleh:
1.Encik Yusri Mohammad – Presiden ABIM
2.Haji Zaid Kamaruddin – Presiden JIM
3.Puan Sabariah Abdullah – Pengerusi ACCIN
4.Dato (Dr.) Mustapha Ma – Presiden MACMA
5.Haji Zainul Rijal Abu Bakar – Presiden PGSM
6.Encik Zainur Zakaria – Presiden PPI
7.Saudara Muhammad Sharif Nagoor Ghani – Setiausaha Agung MIM
8.Haji Mohd Taqiuddin Abdullah – Pengarah Eksekutif PEMUDA MASJID
9.Dr. Mohd Roslan Mohd Nor – Setiausaha Agung PUM
10.Saudara Ariff Johor bin Johan – PPIM
11.Saudara Ann Wang Seng – PERKIM
12.Haji Abdul Latif Satharan bin Abdullah – Persatuan Al-Hidayah
13.Syed Ibrahim bin Kader – PEKEDIM
14.Ir. Mohd Jamaludin bin Shamsudin – Pertubuhan Al-Hunafa`
15.Dr. Amini Amer bin Abdullah – Pengarah Pusat Islam UPM
Sehingga kini Jawatankuasa Pepandu Gabungan telah bermesyuarat sebanyak lima kali (29 Ogos, 10 September, 24 September, 23 Oktober dan 4 November).
Jawatankuasa Pepandu Gabungan bertanggungjawab:
a.Menyediakan Kertas Cadangan Penubuhan Gabungan NGO-NGO Islam untuk dibincangkan di dalam mesyuarat penubuhan gabungan,sempena Muktamar MAIM pada 21 Disember 2008, Insya Allah.Versi terkini disertakan.
b.Menghebahkan usaha penubuhan gabungan serta kempen keahlian.
c.Membuat persediaan bagi Muktamar MAIM 2008 dan mesyuarat penubuhan gabungan.
d.Meneruskan usaha menubuhkan MAIM di peringkat negeri
3.Pemasyhuran dan Kempen Keahlian
Berdasarkan Kertas Cadangan Penubuhan Gabungan NGO-NGO Islam yang diluluskan oleh JK Pepandu Penubuhan pada 4 November 2008 ,kempen akan diadakan di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan dan keahlian.
Sebanyak mungkin organisasi Islam akan dihubungi. Organisasi yang telah sedia menganggotai MAIM akan turut dihubungi.
JK Pepandu juga berhasrat menghantar delegasi untuk memberi penerangan kepada kumpulan sasar yang perlu dimaklumkan, seperti agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, parti-parti politik dan gabungan-gabungan yang telah satu sidang media juga dirancangkan
Muktamar MAIM 2008 yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad 21 Disember 2008 merangkumi dua acara; perhimpunan umat di sebelah pagi dan mesyuarat penubuhan gabungan NGO-NGO Islam di sebelah petang.
Mesyuarat penubuhan gabungan NGO-NGO Islam di sebelah petang, di antara lain akan:
a.Membincangkan dan menerima Peraturan-peraturan Gabungan,
b.Memilih Jawatankuasa Pusat menurut Peraturan-peraturan Gabungan
c.Membincangkan dan meluluskan gerak kerja Gabungan
5. Tubuhkan MAIM di semua negeri dan Wilayah Persekutuan
Usaha ini adalah penerusan usaha MAIM yang sedia ada. Ia menjadi lebih penting dengan usaha menggabungkan NGO-NGO Islam.
Di banyak negeri, gabungan badan-badan Islam telah wujud dan kita akan berusaha untuk akhirnya, satu sahaja gabungan bagi setiap negeri. Setakat ini MAIM peringkat negeri telah wujud di Johor, Sabah dan Sarawak. Negeri-negeri lain akan menyusul, Insya Allah
Gabungan yang hendak dibina ini bercirikan:
1.Institusi ummah (menyatukan umat, mewakili pandangan terbanyak umat Islam, a strong united voice )
2.Organisasi payung, gabungan NGO-NGO(federation)
3.Merentasi batas politik
4.Berperanan mengembangkan dan mempertahankan Islam
5.Menyerlahkan Syariah
6.Rahmat kepada manusia dan alam
Ia juga hendaklah menjadi institusi yang besar, kuat, bebas, berwibawa, dihormati, berpengaruh dan bertahan lama.
4.0 Piagam (Charter)
Gabungan ini akan mempunyai satu piagam yang menyatakan pegangannya (values). Di antara lain ia merangkumi:
Beriman kepada Allah dan Rasul
Berpegang kepada Qur’an dan Sunnah
Mencari redha Allah
Menghayati Islam
Mengamalkan amar makruf nahi mungkar
Menegakkan kebenaran dan keadilanMenyebarkan Islam (Ad-din)
Menyatukan umat Islam
Wala’ kepada Allah, Rasul dan orang Mukmin
Menjaga dan mengutamakan kepentingan agama dan umat
Melindungi manusia dan alam (rahmah seluruh alam,..)
Mengamalkan pendekatan islah dan mendidik
Memilih penyelesaian damai (mediasi, perundingan, non-violence )
Menjalankan urusan dengan syura
Memupuk ukhuwah dan menyebarkan kasih sayang
Saling bantu membantu
5.0 Kewibawaan Gabungan
Keberkesanan Gabungan akan bergantung kepada kewibawaanya ( credibility ). Kewibawaan itu pula bergantung kepada beberapa perkara termasuk:
1.Ketulusan perjuangannya
2.Keikhlasan dan pengorbanan pemimpin-pemimpinnya
3.Sejauh mana ia bebas dan berpegang kepada prinsip
4.Kekuatan ilmu dan pengalaman
5.Jumlah organisasi dan jumlah ahli-ahli yang diwakilinya